SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2018



1.     Undang-Undang Permainan
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang IFNA dan Peraturan Am MSSM.

2.     Sistem Pertandingan
2.1       Pertandingan ini dijalankan secara system liga dua kumpulan.
2.2       Johan dan Naib Johan Kumpulan ditentukan melalui pungutan mata.
2.3       Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir.
2.4       Pasukan yang menang akan bertemu di peringkat akhir bagi merebut Johan dan Naib Johan manakala pasukan yang kalah akan bertanding bagi merebut tempat ketiga.
2.5       Masa bermain untuk pusingan liga dan separuh akhir ialah dua sukuan iaitu 15-3-15 manakala akhir ialah 20-5-20.

3.     Kelayakan Pemain.
(Rujuk Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia)
3.1       Kategori Perempuan  12 Tahun  ke bawah.
3.2       Kategori Perempuan 15  Tahun ke bawah.
3.3       Kategori Perempuan 18 Tahun ke bawah.

     4. Pendaftaran Pegawai Pasukan
          Pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai wanita sahaja iaitu :
         i) Seorang Pengerusi Teknik
         ii)  Seorang Pengurus Pasukan setiap kategori.
         iii)  Seorang Jurulatih setiap Kategori
         iv)  Seorang Fisioterapi







5.  Pendaftaran Pemain dan Pembentukan Pasukan.
5.1   Setiap pasukan hendaklah mempunyai tidak lebih  daripada 12 orang pemain perempuan sahaja.
5.2   Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.
5.3   Kad Pengenalan My Kad / My Kid/ Surat Beranak  yang asal pemain hendaklah   
        dikemukakan kepada pengelola semasa pendaftaran pasukan.
5.4   Pemain yang menggunakan resit pengenalan sementara hendaklah menyertakan sijil   
        kelahiran asal.
5.5   Borang pendaftaran pasukan R02 dan M02 hendaklah dihantar kepada pihak pengelola
1 minggu sebelum kejohanan. Borang pendaftaran individu R01 dan M01 yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Pengetua dan Guru Besar  sekolah masing-masing dan hendaklah dibawa pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan untuk penyemakkan dokumen.
5.6    Mana-mana pasukan yang tidak melengkapkan borang R01, R02, M01 dan M02 serta gagal
         mengemukakan dokumen asal pemain pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan dan
         semasa penyemakkan dokumen tidak akan dibenarkan bertanding dalam pertandingan
tersebut.  
5.7    Mana-mana pemain yang telah disenaraikan namanya dalam borang Pendaftaran Pasukan 
tetapi  tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap tidak akan dibenarkan bermain  
sehinggalah dokumen lengkap tersebut diserahkan, disemak dan disahkan oleh pihak
pengelola.
5.8    Semua borang pendaftaran individu R01 dan M01 hendaklah disertakan  
         dengan 2 keping gambar berukuran passport pemain.
5.9.   Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK
         09 dengan gambar ukuran paspot dari Jabatan Pendaftaran Negara.
5.10   Semua peserta peringkat umur 12, 15 dan 18 Tahun dan kebawah hendaklah bersedia   
          menunjukkan salinan sijil kelahiran dank ad pengenalan  yang disahkan oleh Pengetua /
          Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.





6.  Cara Membuat Keputusan
6.1       Cara memberi mata bagi system liga :  Menang        = 2 mata
    Seri                       = 1 mata
                                                                                   Kalah             = 0 mata
6.2       Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara liga maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :
i)                    Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang telah pasukan itu  dapat dengan jumlah gol yang kena.
ii)                  Jika purata gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah jaringan gol yang pasukan itu dapat ditolak dengan gol yang  kena. 
iii)                Jika kedudukan masih lagi seri, maka pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang.                                                                                  

6.3       Sistem Kalah Mati
Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:
i)                    Apabila tamat masa penuh pertandingan, kedua-dua pasukan akan diberi masa rehat selama 2 minit.
ii)                  Masa tambahan permainan selama dua suku 7 minit akan diberi tanpa rehat.
iii)                Selepas tamat masa 7 minit pertama pasukan akan bertukar kawasan gol  dan perlawanan diteruskan oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. 
iv)                Sekiranya masih berlaku seri di akhir masa tambahan, maka permainan akan diteruskan tanpa rehat sehingga satu pasukan mendahului dengan 2 gol.

7.  Kelewatan/ Menarik Diri/ Menyerah Kalah
7.1       Masa selama 10 minit akan diberikan untuk masa kelewatan bagi setiap pasukan.
7.2       Jika selepas 10 minit pasukan lawan tidak hadir dengan sekurang-kurangnya 5 orang
    pemain maka pasukan itu dikira  kalah.
    7.3      Sekiranya satu-satu pasukan itu menarik diri dan menyerah kalah dengan sengaja daripada
               pertandingan maka semua kemenangan pasukan tersebut dibatalkan.
      7.4       Pasukan tersebut perlu menulis surat tunjuk sebab kepada pihak pengelola dan Unit Sukan,
Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan.


8.  Pakaian
Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set bibs.
8.1    Sekiranya pasukan memakai bibs yang sama maka undian akan dibuat untuk menentukan warna
         bibs.
8.2    Pemain hanya dibenarkan memakai track bottom atau skirt secara berpasukan. Pemakaian seluar
         pendek dilarang sama sekali.

9.  Disiplin Pemain, Pengurus, Jurulatih dan Penyokong.
9.1   Mana-mana pasukan yang bergaduh semasa perlawanan akan disingkirkan dari kejohanan tersebut. Pasukan berkenaan tidak dibenarkan mengambil bahagian lagi dalam pertandingan tersebut.
9.2    Pengurus , Jurulatih dan Pegawai Perubatan hendaklah  terdiri dari wanita sahaja.
9.3    Pengurus, Jurulatih, Pegawai Perubatan dan Pemain Simpanan  yang didaftarkan sahaja yang
         dibenarkan berada di tempat duduk yang disediakan sewaktu perlawanan.
9.4    Arahan dan kata-kata semangat boleh diberikan tetapi tidak dibenarkan berdiri,
         berjalan dan beredar dari tempat duduk yang disediakan.
9.5    Para penyokong tidak dibenarkan  mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat yang
         menyentuh mana-mana pasukan yang sedang bertanding. Sekiranya didapati      
         melakukan perkara tersebut maka pengadil dan penganjur kejohanan akan berhak
         mengarahkan pasukan mereka keluar gelanggang setelah diberikan amaran pertama
         dan pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma.

10.            Bantahan
      10.1  Bantahan bertulis yang di tandatangani oleh Pengurus pasukan  hendaklah diserahkan kepada
               Ahli Jawatankuasa Pengelola tidak  lewat dari 30 minit selepas tamat masa perlawanan
               dengan bayaran  sebanyak RM200.00.
     10.2   Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berasas.
     10.3    Bantahan secara lisan tidak akan dilayan.

11.  Lembaga Rayuan.
     11.1  Ahli juri rayuan adalah terdiri daripada 5 orang (minima) dan 7 orang  (maksima) terdiri
              daripada 2 orang Ahli Jawatankuasa Pengelola, 2  orang Pengadil dan 2 orang Pengurus
             Pasukan yang tiada kaitan  dengan mana-mana pasukan yang membuat bantahan.

12.            Kemalangan / Kecederaan
12.1      Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab jika berlaku  sebarang kehilangan
             dan kerosakkan barang-barang atau harta benda  kepunyaan pegawai atau pemain dalam
             kawasan kejohanan.                                                                                                           
12.2      Pihak pengelola juga tidak bertanggungjawab dengan sebarang  kemalangan, kecederaan
             dan kematian pada masa pertandingan. Walaubagaimanapun persediaan bagi mengelakkan
             kemalangan akan  disediakan.

13.   Pengadil
      13.1    Setiap pasukan yang akan menyertai kejohanan wajib menghantar 2  orang pengadil  
  bertauliah sekurang-kurangnya telah menghadiri kursus  Kepengadilan Level O ataupun  
  yang pernah mengadili kejohanan  bola jaring di peringkat bahagian dan  Negeri.
13.2   Pengadil dikehendaki menghadiri satu taklimat khas kepengadilan yang  akan diberikan oleh
  Ketua Pengadil sehari sebelum pertandingan dimulakan. 
13.3   Pengadil hendaklah terdiri daripada wanita sahaja.
      13.4   Semua Keputusan pengadil adalah muktamad.

14.   Pemilihan Pemain ke MSSM
14.1    Panel  Pemilihan pemain  akan dikendalikan oleh Pengerusi Teknik Bola
  Jaring Negeri, 6 orang Pengerusi  Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Jaring Bahagian,     
  Semua  Jurulatih  Pasukan yang telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Bola Jaring Level 1   
 dan 2   orang pengadil.
14.2   Pemain akan dipilih berdasarkan  posisi yang terbaik.
14.3   Pemilihan Jurulatih dan Pengurus Pasukan akan ditentukan pada masa mesyuarat Panel
  Pemilihan Pemain selesai sahaja Pertandingan Akhir.

15.  Perkara-Perkara yang tidak dinyatakan.
      15.1    Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan akan diputuskan
                 oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan segala keputusan adalah muktamad.



Bcp/2018                                                                                                                            


Comments

Popular posts from this blog

kertas konsep Bola Jaring MSS 2018